Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 12/05/2017

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN BAREHANDS VOLUME 1 DI BALAI SENI NEGARA

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dengan sukacitanya menganjurkan pameran Barehands Volume 1 yang akan diadakan dari 15 Mei 2017 sehingga 16 Julai 2017. Matlamat utama penganjuran pameran ini adalah untuk mengetengahkan karya-karya artis residensi dari pelbagai Negara.

Pameran ini merupakan sebuah program Residensi yang yang bermula di studio Akaldiulu pada tahun 2010. Pameran pada kali ini melibatkan artis dari luar negara seperti Jordan, Taiwan, Indonesia, Jepun, Filipina, serta Malaysia. Untuk tahun ini sebanyak 6 buah studio Residensi yang terlibat iaitu Akaldiulu, Pantau Iraga, Studio M.I A, Studio Tikus, Studio R A G, Studio 22 dengan penyertaan 58 pengkarya dari dalam dan luar negara dalam pameran ini.

Majlis perasmian pameran ini akan disempurnakan oleh Dr. Choong Kam Kow, Pengerusi Federation of Asian Artist Malaysia Committee seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 16 Mei 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Lobi Galeri Balai Seni Negara
No.2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur


PROGRAM

2.30 petang : Ketibaan tetamu

2.40 petang : Ketibaan Dif-dif kehormat

: Ketibaan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa
Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

: Ketibaan YBrs Dr. Choong Kam Kow
Pengerusi Federation of Asian Artist Malaysia Committee

3.00 petang : Persembahan Pembukaan

Sekapur Sireh oleh Kurator Pameran

: Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa
Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

: Ucapan Perasmian oleh YBrs Dr. Choong Kam Kow
Pengerusi Federation of Asian Artist Malaysia Committee

: Montaj Pameran & Tandatangan Plak Perasmian

: Penyampaian Cenderamata

: Lawatan ke ruang pameran Galeri 2A

: Jamuan ringan

5.00 petang : Artist Talk oleh Ketua Delegasi Residensi di Auditorium

6.00 petang : Majlis Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Hafiz Osman
Tel : 012-69207502
E-mel : pr.artgallery@1govuc.my
Laman Web : www.artgallery.gov.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.