|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 12/05/2017
MAJLIS SIDANG MEDIA PELANCARAN DRAMA RADIO KHAS RAMADAN "Sesuci Tautan Ramadan"
Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) akan mengadakan Majlis Sidang Media Pelancaran Drama Radio Khas Ramadan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 16 Mei 2017
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Sajian IKIM, 2 Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur
Program
10.15 pagi : Ketibaan media dan para jemputan
10.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis oleh Hj. Mohd Faiz Hj. Othman
: Bacaan Doa oleh Hj Mahathir Shaharuddin
: Ucapan oleh YBhg. Dr. Nik Roskiman Abdul Samad
Pengarah Pusat Media IKIM
: Ucapan oleh Tuan Hj. Zulkifli Wahijan
Presiden Muslim Care Malaysia
: Sesi Perkenalan Artis
: Sidang Media
: Jamuan
11.00 pagi : Majlis Bersurai
Pengenalan
Berikutan sambutan yang cukup menggalakkan oleh para pendengar saban tahun, IKIMfm sekali lagi akan menerbitkan Drama Khas Ramadan bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia pada tahun 1438/2017 ini. Drama ini mendapat penajaan daripada Muslim Care Malaysia.
Dengan tajuk 'Sesuci Tautan Ramadan', drama bersiri ini mengangkat tema kekeluargaan dan hubungan sejagat sesama manusia. Drama ini akan dijayakan oleh barisan pelakon profesional iaitu pelakon popular Ashraf Muslim yang memegang watak utama sebagai Amru Mirza, pelakon wanita Mardiana Alwi yang memegang watak sebagai Yasmin, dan pelakon Diana Amir sebagai Suraya, dengan turut dibantu barisan penyampai IKIMfm selaku pelakon pembantu.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis sidang media tersebut.
Sumber : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|