|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 12/05/2017
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN PAMERAN BUMI LARANGAN: ZULKIFLI DAHLAN DI BALAI SENI NEGARA PADA 17 MEI 2017 RABU
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) akan menganjurkan Pameran Bumi Larangan: Zulkifli Dahlan yang akan diadakan pada 9 Mei 2017 hingga 2 Julai 2017.
Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat), Kartunis seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 17 Mei 2017
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Lobi Galeri Balai Seni Negara,
No.2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 KL
Sila klik disini untuk Aturcara Zulkifli Dahlan
Sila klik disini untuk SYNOPSIS BI BM PAMERAN (FULL)
Juga dimaklumkan bahawa program latihan keusahawanan Young Art Entrepreneurs (YAE!) telah dibuka kepada graduan seni halus bermula bulan Julai hingga Disember 2017. Program ini menyediakan pakej untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya saing.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Hafiz Osman
Tel : 012-69207502
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|