|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 15/05/2017
JEMPUTAN MEDIA - MyCreative Umum Penerima Dana RM60 Juta Serta Pelaksanaan Agenda Revitalisasi Seni Dan Kebudayaan Dan Unit Pembangunan Ekonomi Kebudayaan Di Bawah Peruntukan Belanjawan 2017
Dengan segala hormatnya wakil-wakil media dijemput ke majlis Penamaan Penerima-Penerima Pinjaman atau Pelaburan Perniagaan dari MyCreative Ventures. Sdn. Bhd.
Melalui majlis ini, MyCreative akan mengumumkan dua puluh tiga (23) usahawan kreatif yang akan menerima pinjaman kewangan berjumlah RM60 juta . Syarikat-syarikat tersebut merupakan penggiat industri Fesyen dan Rekaan, Kesusasteraan, Kandungan Kreatif, Pendidikan Kreatif, Muzik dan Seni Kulinari.
Selain itu, MyCreative juga akan mengumumkan pelaksanaan Agenda Revitalisasi Seni dan Kebudayaan dan Unit Pembangunan Ekonomi Kebudayaan bagi merancakkan lagi sektor kesenian dan kebudayaan negara. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diperuntukkan daripada Belanjawan 2017 dan telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 21 Oktober 2016.
Hari/Tarikh : Khamis 18 Mei 2017
Masa : 4.00 petang
Tempat : IM4U Sentral, Puchong
VIP : YB Senator Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri Kewangan
MyCreative merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan yang bermatlamat untuk meningkatkan industry kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi menerusi kewangan strategic dan inovatif sama ada dalam bentuk ekuiti ataupun pinjaman. MyCreative telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada September 2012 berikutan peruntukan dari Belanjawan 2012.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Nama : Ainunnajhan
Tel : +60 17 714 0400
Emel : pr@mycreative.com.my
Nama : Nadia Muadzam
Tel : +60 12 378 2317
Emel : pr@mycreative.com.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|