|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 15/05/2017
MAJLIS PERASMIAN MINGGU PKS 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN [18 MEI 2017, 10 PAGI : TERENGGANU TRADE CENTRE]
SME Corp. Malaysia sekali lagi menganjurkan Minggu PKS 2017 dan tahun ini, Minggu PKS 2017 akan berlangsung di seluruh negara mulai 5 Mei hingga 26 Mei 2017 yang bakal menyaksikan pembabitan semua pihak yang terbabit dalam pembangunan PKS, baik Kementerian dan Agensi, Kerajaan Negeri, institusi pendidikan, institusi kewangan, badan-badan korporat, pasar raya besar, syarikat multinasional, rakan media dan persatuan industri yang menyelaraskan aktiviti berkaitan PKS mereka sepanjang minggu bagi menyokong kempen tersebut.
SME Corp. Malaysia ingin menjemput wakil-wakil media untuk menghadiri Majlis Perasmian Minggu PKS 2017 Peringkat Kebangsaan yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 18 Mei 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu
PROGRAM
9.45 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
10.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu TTB
: Tarian Selamat Datang
10.20 pagi : Ucapan oleh : YB Dato' Sri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
: Ucapan oleh : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman
Menteri Besar Terengganu
: Pelancaran Minggu PKS Kebangsaan
: Penyampaian Bantuan Kewangan kepada PKS Terengganu
: Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan Cabaran Innovasi Inklusif 2017 Zon Timur
: Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik
: Pelancaran HUB PKS Bergerak
11.45 pagi : Sidang Media
: Lawatan VVIP ke Ekspo
12.00 tghari : Makan Tengahari
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Minggu PKS 2017 Peringkat Kebangsaan tersebut.
SUMBER : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En Muhamad B Ibrahim
Tel : 09-6317870
Emel : muhamad@smecorp.gov.my
Nama : En Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03 2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|