|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 17/05/2017
JEMPUTAN MEDIA KE PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI
Jawatankuasa Induk Kejohanan dengan kerjasama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) akan menganjurkan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dato' Mokhtar Dahari bawah 18 tahun yang akan disaksikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 20 Mei 2017
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
Subang Jaya, Selangor
PROGRAM
8.00 malam : Ketibaan tetamu jemputan
8.40 malam : Keberangkatan tiba DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH RAJA MUDA SELANGOR
: Nyanyian lagu NEGARA KU
: Nyanyian lagu NEGERI SELANGOR
: Persembahan murid
: DYTM RAJA MUDA SELANGOR Diperkenalkan Kepada Pemain
9.00 malam : Sepak Mula Perlawanan
: Rehat Separuh Masa Pertama/Jamuan
: Perlawanan Separuh Masa Kedua
10.25 malam : Penyerahan Mock Cheque oleh Penaja Utama
Kumpulan Perangsang Selangor Berhad
: Penyampaian Hadiah dan Piala Kejohanan oleh DYTM RAJA MUDA SELANGOR
: Penyampaian Cenderahati
: Keberangkatan pulang DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH RAJA MUDA SELANGOR
11.00 malam : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan acara tersebut.
SUMBER : Kumpulan Perangsang Selangor Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Shahrul Izad Yahya
Tel : 012-2385866
Emel : shahrul@kps.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|