|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 18/05/2017
SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 'IMARAH RAMADHAN IKIMfm 1438H/2017'
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Islamic Malaysia AID akan menganjurkan SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 'IMARAH RAMADHAN IKIMfm 1438H/2017' pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 23 Mei 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : DEWAN SAJIAN, INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM), No.2 Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Ramadan menjelang tiba, IKIMfm dan Islamic Aid Malaysia(IAM) akan menganjurkan program 'Imarah Ramadan IKIMfm 1438H-Bantulah Mereka Berbuka Puasa', bertujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut Ramadan. Seperti tahun sebelumnya, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) akan mengedarkan pek makanan yang mengandungi makanan asas harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam, susu dan lain-lain lagi di seluruh Malaysia untuk membantu mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan lebih selesa. Majlis ini juga turut menyaksikan penyerahan pek makanan Imarah Ramadan yang pertama untuk tahun 2016/1437H kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam persediaan untuk menyambut Ramadan.
Program istimewa ini, mengunakan konsep ziarah bagi merasai suasana sebenar bagaimana golongan yang kurang berkemampuan ini melaksanakan ibadah dan tanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan. Penjelajahan selama sebulan ini melibatkan tiga buah lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Selain menyampaikan sumbangan, kunjungan warga IKIM & IAM ke lokasi-lokasi terpilih ini juga membawa bersama pengisian rohani bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan mereka pada tahun ini.
Melalui program 'Imarah Ramadan IKIMfm 1438H' ini, pihak Islamic Aid Malaysia telah mensasarkan pengagihan pek makanan kepada 5,000 penerima manfaat yang terdiri daripada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal miskin, warga emas miskin, orang kurang upaya (OKU), pelarian Rohingya dan golongan yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan oleh IAM.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis sidang media tersebut.
Sumber : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|