Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 18/05/2017

Majlis Perasmian Minggu PKS 2017 Seluruh Malaysia

SME Corp. Malaysia sedang rancak menganjurkan Minggu PKS 2017 dan pada tahun ini, Minggu PKS 2017 akan berlangsung di seluruh negara mulai 5 Mei hingga 26 Mei 2017 yang bakal menyaksikan pembabitan semua pihak yang terbabit dalam pembangunan PKS, baik Kementerian dan Agensi, Kerajaan Negeri, institusi pendidikan, institusi kewangan, badan-badan korporat, pasar raya besar, syarikat multinasional, rakan media dan persatuan industri yang menyelaraskan aktiviti berkaitan PKS mereka sepanjang minggu bagi menyokong kempen tersebut.

Majlis Perasmian Minggu PKS 2017 peringkat negeri yang akan diadakan di seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

1. SABAH

Hari / Tarikh : Jumaat 19 Mei 2017

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka

Tetamu kehormat : YB Datuk Bolkiah Hj. Ismail
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian

2. NEGERI SEMBILAN

Hari / Tarikh : Jumaat 19 Mei 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Mydin Mall, Seremban

Tetamu kehormat :

YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

YB Dato' Hj Abu Ubaidah Dato' Hj Redza
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar,
Koperasi dan Kepenggunaan

3. KELANTAN

Hari / Tarikh : Sabtu 20 Mei 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : KB Mall, Kota Bharu

Tetamu Kehormat : YBhg. Dato' Makhtar Mustapha
Pengarah JPP Negeri Kelantan

4. KEDAH

Hari / Tarikh : Sabtu 20 Mei 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dataran Amanjaya, Sungai Petani

Tetamu Kehormat :

YB Dato Wira Ku Rahman Ku Ismail, Exco Pelaburan Negeri Kedah

YB Dato Suraya Yaacob, Exco Usahawan Negeri Kedah

5. PULAU PINANG

Hari / Tarikh : Ahad 21 Mei 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Mydin Mall, Bukit Mertajam

Tetamu Kehormat :

YB Datuk Haji Sr. Muhamad Farid Haji Saad
Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Bumiputera Pulau Pinang (JKFG) merangkap ADUN Pulau Betong

YB Dato' Seri Hamzah Zainudin
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

6. SELANGOR

Hari / Tarikh : Selasa 23 Mei 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Dataran SACC Mall Shah Alam

Tetamu Kehormat : YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

7. PERLIS

Hari / Tarikh : Khamis 25 Mei 2017

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Giant Superstore, Kangar

Tetamu Kehormat : YAB Dato' Seri Azlan bin Man
Menteri Besar Perlis

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Minggu PKS 2017 di lokasi-lokasi tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Nor Azian Md Yusoff
Tel : 03 - 2775 6174
Emel : azian@smecorp.gov.my

Nama : En Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03 - 2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.