|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/05/2017
MAJLIS PECAH TANAH UPTOWN SHAH ALAM
PKNS akan mengadakan Majlis Pecah Tanah Uptown Shah Alam bertempat di Uptown Shah Alam, Seksyen 24. Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Azmin bin Ali akan menyempurnakan simbolik pecah tanah pembinaan pembangunan semula Uptown Shah Alam seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Khamis 25 Mei 2017
Masa : 3.30 petang
Tempat : Uptown Shah Alam, Seksyen 24
Berkonsepkan Bugis Moden berkeluasan lantai 99,861.11 kps. Sebanyak 460 unit gerai akan dibina iaitu 240 unit perniagaan pelbagai dan kemudahan awam dengan keluasan 57,719.32 kps disediakan di tingkat bawah manakala 220 unit lot perniagaan pelbagai serta ruangan seperti tandas awam, lot promosi, surau dan pejabat dengan keluasan lantai keseluruhan 42,141.79 kps di tingkat atas.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|