|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/05/2017
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PAMERAN 101 DIMANA YOUNG DI BALAI SENI NEGARA
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dengan sukacitanya menganjurkan pameran 101 Dimana YOUng yang akan diadakan dari 25 Mei 2017 sehingga 31 Julai 2017. Matlamat utama penganjuran pameran ini adalah untuk membuka platform kajian mengenai 101 pelukis wanita kontemporari di Malaysia. Pameran ini mempunyai tiga peringkat kajian iaitu melalui koleksi Tetap Balai Seni Negara; kedua melalui jemputan kepada pelukis wanita dan ketiga adalah melalui penyertaan panggilan terbuka kepada pelukis wanita. Tema pameran juga terbuka meliputi aspek seni dan politik kebudayaan, pendidikan, identiti jantina, kesaksamaan kebajikan dan status sosial yang digarap mengikut interpretasi para pelukis menggunakan teknik dan medium yang pelbagai.
Untuk makluman, majlis perasmian pameran ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 25 Mei 2017
Masa : 3.00 petang
Tempat : Lobi Galeri Balai Seni Negara
Sila klik disini untuk program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Hafiz Osman
Tel : 012-69207502
Emel : pr.artgallery@1govuc.my
Web : www.artgallery.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|