Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 23/05/2017

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG

PKNS akan mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang bertempat di SACC Convec. Seramai 133 orang anggota Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diraikan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016 yang disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali seperti ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : Khamis 25 Mei 2017

Masa : 7.00 malam

Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC Convec)


Majlis yang diadakan secara tahunan ini khusus untuk meraikan warga kerja PKNS yang terdiri daripada 79 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 27 orang anggota bagi perkhidmatan lama iaitu 20, 25 dan 30 tahun di PKNS serta 27 orang pesara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.