|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/05/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH KAKITANGAN KUIS BERSAMA SPRM
Adalah dimaklumkan bahawa pihak KUIS akan mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah Kakitangan KUIS bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena dengan perhimpunan bulanan KUIS yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 26 Mei 2017
Masa : 3.00 petang
Tempat : Auditorium Dr Zainuddin Jaafar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) amat berbesar hati menjemput wakil-wakil media untuk turut sama dan mengadakan liputan memandangkan KUIS merupakan IPT pertama di Negeri Selangor yang mengorak langkah pro-aktif menyahut baik usaha SPRM demi memastikan warga KUIS bebas daripada rasuah.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Raja Nor Ashikin
Tel : 019-2187886
-BERNAMA |
|
|
|
|
|