Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 23/05/2017

LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KRITERIA BAHARU PENARAFAN PREMIS PENGINAPAN PELANCONG BERTARAF BINTANG

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Pelancaran Kriteria Baharu Penarafan Premis Penginapan Pelancong Bertaraf Bintang juga akan diadakan pada 25 Mei 2017 di lokasi yang sama dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ketetapan majlis adalah seperti berikut:

Majlis Pelancaran Kriteria Baharu Penarafan Premis Penginapan Pelancong Bertaraf Bintang

Hari/Tarikh : Khamis 25 Mei 2017

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Tanah Aina Farra Suraya Eco Tourism Resort, Raub, Pahang

Sila klik di sini untuk PROGRAM



Program Bersama Media

Hari/Tarikh : Rabu & Khamis 24 Mei & 25 Mei 2017

Masa : 9.00 Pagi (Berkumpul di MaTiC)

Tempat : Tanah Aina Farra Suraya Eco Tourism Resort, Raub, Pahang

Sila klik di sini untuk PROGRAM


Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan pihak media dan memberi peluang mendekati keindahan alam semulajadi. Di samping itu, program ini juga akan memberi penerangan berkenaan kriteria baru penarafan premis penginapan pelancong bertaraf bintang.

Pihak kami juga mengadakan Program Bersama Media pada 24 Mei - 25 Mei 2017 di Tanah Aina Farra Suraya Eco Tourism Resort, Raub, Pahang. Kemudahan pengangkutan, makan/minum dan penginapan disediakan. Bilangan penyertaan adalah terhad.

Untuk pengesahan kehadiran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi email fatinakhma@motac.gov.my atau di talian 03-88917188 atau 017-5982825.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Tel : 03-88917188 atau 017-5982825
Email : fatinakhma@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.