Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 26/05/2017

JEMPUTAN MEDIA LAWATAN YB DATUK SERI MAH SIEW KEONG MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI KE KILANG SYARIKAT LATEXX PARTNERS BERHAD KAMUNTING PERAK

YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan melawat ke kilang Syarikat Latexx Partners Berhad. Syarikat Latexx Partners Berhad merupakan antara lima (5) buah syarikat pengeluar sarung tangan terbesar di dunia. Produk utamanya adalah sarung tangan getah dan nitril yang dikeluarkan untuk kegunaan sektor perubatan dan industri. Maklumat lawatan adalah seperti ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : Sabtu 27 Mei 2017

Masa : 3.15 petang

Tempat : Latexx Partners Berhad, Lot 18374, Jalan Perusahaan 3, Kamunting Industrial Estate, 34600 Kamunting, Perak


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Kartina Hamzah
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Tel : 019-393 2983

Nama : Laurence David
Latexx Partners Berhad
Tel :05 - 829 5555 (Ext. 601) / 012-568 9891

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.