|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 29/05/2017
PROGRAM IMARAH RAMADAN IKIMfm : PROGRAM 3 (PERINGKAT NEGERI PERAK)
Prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan dalam menyambut kehadiran bulan Ramadan, Institut Kefahaman Islam Malaysia dibawah penyelarasan Radio IKIMfm dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) akan terus bekerjasama dalam menganjurkan program IMARAH RAMADAN IKIMfm 1438H yang akan diadakan di empat lokasi sepanjang bulan Ramadan 2017.
PROGRAM 3 (PERINGKAT NEGERI PERAK)
Program Imarah Ramadan
Hari/Tarikh : Sabtu 10 Jun 2017
Masa : 6.00 Ptg - 8.00 Malam
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Seberang Perak, Teluk Intan, Perak
PROGRAM
6.00 ptg : Ketibaan / Pendaftaran Penerima Manfaat
6.15 ptg : Ketibaan Tetamu Kehormat
6.30 ptg : Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Wakil penduduk setempat
: Ucapan daripada Presiden AIM
: Ucapan daripada Rakan Korporat
: Majlis Penyerahan Bantuan Ramadan kepada masyarakat setempat
(250 orang penerima manfaat)
Sasaran penerima - Penduduk kampong yang memerlukan
: Tazkirah ringkas oleh Penceramah jemputan
7.30 mlm : Majlis Berbuka Puasa
: Solat Maghrib Berjemaah
8.00 mlm : Majlis Bersurai
Pengenalan
Sidang Media Majlis Pelancaran Program 'Imarah Ramadhan IKIMfm 1438H/2017 telahpun selesai diadakan pada 23hb Mei 2016 bertempat di Dewan Sajian, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Memasuki tahun ke-lima penganjurannya, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi keceriaan dan kemeriahan Ramadan bersama-sama dengan golongan yang kurang berkemampuan. Program istimewa ini merupakan satu program kebajikan dengan konsep ziarah sambil menyumbang dan melihat sendiri serta merasai kesusahan dan penderitaan warga miskin yang memerlukan. Program ini turut menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama pihak korporat dan golongan individu yang prihatin bagi sama-sama menghulurkan sumbangan dan bergandingan tangan bagi memupuk sifat prihatin dan semangat kesukarelawanan di kalangan masyarakat Malaysia.
Halatuju
Program Imarah Ramadan pada tahun ini melibatkan beberapa kategori penerima bantuan iaitu warga miskin dan memerlukan, warga OKU miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin, pelarian Rohingya dan juga keluarga nelayan yang miskin. Lebih istimewa, pada tahun ini, pihak IAM turut mensasarkan golongan miskin bandar yang terdiri daripada para pemandu teksi sebagai salah satu daripada kumpulan penerima manfaat.
Melalui program istimewa ini, para penyampai IKIMfm bersama-sama sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) akan berkunjung ke beberapa lokasi yang terpilih di negeri Selangor, Kedah, Perak, dan Johor bagi tujuan menghulurkan sumbangan. Penjelajahan selama hampir sebulan di empat buah lokasi ini bukan sekadar untuk menghulurkan sumbangan semata-mata, tetapi juga melibatkan pengisian program yang berunsurkan dakwah dan kerohanian bagi tujuan mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.
Orang ramai khususnya pendengar setia Radio IKIM.FM boleh mendengar secara eksklusif berkaitan misi jelajah "Imarah Ramadan 1438H" ini melalui slot Prihatin yang ke udara di IKIMfm di sepanjang bulan Ramadan.
Melalui kunjungan ini, majlis berbuka puasa akan diadakan di beberapa buah lokasi terpilih. Turut diadakan adalah sumbangan berbentuk 'Pek Makanan Kasih Ramadan' oleh Islamic Aid Malaysia. Sumbangan berbentuk pek makanan yang mengandungi makanan asas harian seperti beras, gula, minyak masak, susu, kurma, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
Program "Imarah Ramadan - Bantulah Mereka Berbuka Puasa" ini merupakan program amal tahunan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM). Bagi tahun 2017, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) telah mensasarkan untuk mengagihkan pek makanan tersebut kepada 5,000 penerima manfaat yang layak di seluruh Malaysia mengikut pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak IAM. Ianya bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di bulan Ramadan seperti fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, warga mualaf dan golongan kurang upaya (OKU) agar mereka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan lebih selesa.
Melalui kempen ini, orang ramai juga boleh turut serta dengan menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek lengkap makanan keperluan asas harian untuk sebuah keluarga di mana ianya dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut di sepanjang bulan Ramadan. Nilai 'Pek Makanan' yang ditawarkan ini rendah bagi membolehkan orang ramai turut serta beramal dalam mengimarahkan bulan Ramadan. Selain itu golongan korporat turut diseru untuk turut serta dalam menjayakan program ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi menyambut kehadiran bulan Ramadan. Kempen ini akan bermula mulai hari ini dan akan diteruskan di sepanjang bulan Ramadhan 1438H/2017. Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Islamic Aid Malaysia (IAM) iaitu www.iam.org.my atau menghubungi pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) di talian 03-89485939/019-3973558.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329 / 03-6204 6330 / 03-6204 6331
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 019-3334253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 019-276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|