Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 30/05/2017

MAJLIS SIDANG MEDIA WARNA-WARNI AIDILFITRI 2017

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna-Warni Aidilfitri 2017 mulai 1 - 12 Jun 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Program ini diadakan bagi mengetengahkan penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2017 bersama Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari / Tarikh : Khamis 1 Jun 2017

Masa : 5.00 petang

Tempat : Khemah A Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay

(Pendaftaran Media di Lobi Seri Anjung)

PROGRAM

5.15 petang : Ketibaan Rakan Media

Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Dif-dif kehormat

5.30 petang : Ketibaan Yang Berhormat Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Lobi Seri Anjung, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Lawatan ke Nostalgia Kampung (Khemah A)

6.00 petang : Majlis Sidang Media

Ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Sesi Sidang Media

Gimik Tweet-tweet Raya

Sumbangan Hari Raya Anak-anak Autisme

Berbuka Puasa / Jamuan

8.30 malam : Solat Terawih / Majlis Bersurai

Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan Majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2017 tersebut yang akan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 2161 3793
Website : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.