Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 02/06/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA SIDANG AKHBAR DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MEDIA SEMPENA PELANCARAN AWAL ANUGERAH RAWR 2017

Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan Malaysian Assosiation of Convention & Exhibition Organisers (MACEOS) akan menganjurkan Anugerah rawR 2017 yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Majlis sidang akhbar mengenai Anugerah rawR 2017 dan majlis berbuka puasa bersama media akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : Khamis 15 Jun 2017

Masa : 6.00 Petang

Tempat : Ballroom C, Tingkat 6, Hilton Kuala Lumpur


Program

5.30 petang : Kehadiran dan pendaftaran tetamu

6.00 petang : Ucapan selamat datang oleh pengacara majlis

6.05 petang : Ucapan alu-aluan oleh Datuk Zulkefli Hj Sharif,
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB

6.10 petang : Ucapan pembukaan oleh Dato' Vincent Lim, Presiden MACEOS

6.15 petang : Perasmian Anugerah rAWR 2017

6.20 petang : Sesi soal jawab dengan ahli panel
(Ahli Panel: Datuk Zulkefli Hj Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB dan Dato' Vincent Lim, Presiden MACEOS)

6.45 petang : Sesi beramah mesra (networking session)

7.00 petang : Menunggu waktu berbuka puasa
(Surau di tingkat 11)

Anugerah rawR 2017 (Malaysia Business Events Awards of Excellence) merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang dalam Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) industri Malaysia. Anugerah ini julung kali dilaksanakan pada tahun 2013, untuk memberi pengiktirafan kepada mereka dalam acara perniagaan (BE) yang memainkan peranan penting dalam menyokong, mengembangkan serta menggerakkan industri ini.

Pengesahan Kehadiran Selewat-lewatnya Isnin, 5 Jun 2017.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Sidang Media & Berbuka Puasa tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Farah Annesa
Eksekutif Kanan - PR & Komunikasi
Tel : +603 2264 3059 / +6012 217 7611
Emel : annesa@myceb.com.my

-BERNAMA







 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.