Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 02/06/2017

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA PELANCARAN PERSIDANGAN PERUNCITAN DAN PAMERAN RUNCIT & FRANCAIS ANTARABANGSA (MIRF)

Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) akan menganjurkan Persidangan Peruncitan dan Pameran Runcit & Francais Antarabangsa (MIRF) pada Julai 2017. Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Runcit Digital (DRI) yang telah diperkenalkan oleh MRCA, persidangan ini akan mengetengahkan Inovasi: Masa Depan Adalah Kini, dan Pemecahan Sempadan dalam mempamerkan peruncit kecil sederhana tempatan dan luar negara kepada peluang peruncitan dan francais antarabangsa.

Butiran adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 7 Jun 2017

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Skyview 7, Level 29, St. Giles The Gardens Hotel, Kuala Lumpur

Program

10.00 pagi : Ketibaan / pendaftaran media

10.30 pagi : Kata-kata aluan

10.40 pagi : Ucapan pembukaan oleh Dato' Garry Chua, Presiden MRCA

10.55 pagi : Pengenalan Persidangan Peruncitan MRCA oleh Dato' Bruce Lim

11.10 pagi : Pengenalan MRIF oleh Dato' Liew Bin

11.20 pagi : Sesi soal jawab bersama media

11.35 pagi : Sesi bergambar

11.45 pagi : Jamuan ringan

12.30 tengah hari : Sidang media tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama : Amirin Arsyan
Pengurus PR, Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 686 0250
Emel: amirin.arsyan@gcma.tv

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.