Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 05/06/2017

JEMPUTAN MEDIA KE SIDANG MEDIA & MAJLIS BERBUKA PUASA PERKESO 2017, 08.06.17 (KHAMIS)

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Sidang Media mengenai Peningkatan Kadar Amaun Faedah Pengurusan Mayat dari RM1,500 ke RM2,000 dan Skim Pekerjaan Sendiri 2017 untuk Pemandu Teksi serta juga Majlis Berbuka Puasa PERKESO 2017 di atas seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 8 Jun 2017

Masa : 05.30 petang

Tempat : Grand Ballroom, Le Meridien Hotel, KL Sentral, Kuala Lumpur

Sidang Media Oleh : Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia

Objektif Peningkatan kadar amaun pengurusan mayat ini dibuat memandangkan kos pengurusan telah meningkat dari masa ke semasa. Manakana perlindungan keselamatan sosial diperluaskan kepada semua pemandu teksi yang bekerja sendiri atau perkhidmatan seumpamanya di bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO merupakan langkah peringkat awal dalam usaha kerajaan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat sebelum ianya diperluaskan ke sektor-sektor informal yang lain.

Seterusnya semua media adalah dijemput untuk berbuka puasa bersama sebagai penghargaan PERKESO terhadapa golongan media yang selama ini memberi liputan dan publisiti yang meluas kepada PERKESO di samping kehadiran Ibu-ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim yang merupakan penerima-penerima faedah PERKESO.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media & majlis berbuka puasa PERKESO tersebut.

SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
Tel : (Office) +603 4264 5000 / (DL) +603 4264 5194 / 012 6040964
Faks : +603 4256 7798
Emel : shakila.satar@perkeso.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.