Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 06/06/2017

MAJLIS BERBUKA PUASA PKNS

PKNS akan memberikan sumbangan berjumlah RM110,000 kepada tujuh (7) institusi melibatkan hospital dan badan kebajikan terpilih dalam Negeri Selangor bersempena Majlis Berbuka Puasa PKNS yang akan diadakan di SACC Convention Centre, Shah Alam. Turut bersama-sama menyerikan majlis tersebut ialah Imam Muda Asyraf, Ustaz Amin Idris, dan kumpulan nasyid Rabbani seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 8 Jun 2017

Masa : 4.00 petang

Tempat : SACC Convention Centre, Shah Alam

Majlis ini juga merupakan acara tahunan yang dianjurkan untuk meraikan seluruh anggota PKNS melibatkan ketiga-tiga Jabatan Kemajuan Wilayah iaitu Wilayah Utara, Wilayah Tengah dan Wilayah Selatan bersempena Ramadhan melalui sesi berbuka puasa dan seterusnya menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.