Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Rabu 07/06/2017

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA INSAN KURANG BERNASIB BAIK & MAHAAD TAHFIZ DI MASJID JAMEK BANDARAYA, KUALA LUMPUR

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu majlis berbuka puasa pada Khamis, 8 Jun 2017 di Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur. Majlis ini akan disempurnakan oleh Tan Sri Dato Dr. Mohamed Munir Abdul Majid, Pengerusi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, bersama-sama dengan Y.Bhg. Dato' Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Majlis tersebut akan di adakan seperti di bawah:

Hari/Tarikh : Khamis 8 Jun 2017

Masa : 6.00 petang

Tempat : Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk Program

Majlis ini adalah inisiatif tahunan Bank Muamalat yang diadakan bertujuan untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan Amal Asyura, Al Bayan School of Quran & Hadith serta golongan kurang bernasib baik pada majlis tersebut.

Ia juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina
Tel : 0123589876 / 03-2059 1345
Emel : nurshazrina@muamalat.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.