Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 08/06/2017

JEMPUTAN KE LIPUTAN MEDIA: MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SENI NEGARAKU DI BALAI SENI NEGARA

Balai Seni Negara akan menganjurkan pameran Seni Negaraku yang akan diadakan dari bulan Mei 2017 sehingga September 2017. Pameran ini merupakan program di bawah Inisiatif Negaraku yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 18 Mac 2017 di Putrajaya yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 tahun.

Pameran Seni Negaraku yang dipamerkan di Balai Seni Negara ini menghimpunkan sejumlah 88 karya dari 72 pelukis dari koleksi awam dan persendirian. Karya-karya ini mempunyai signifikan yang tersendiri kepada Negara sama ada dalam susurmasa sejarah sosial Negara mahupun titik-titik penting dalam pensejarahan seni lukis moden Malaysia.

Majlis perasmian pameran ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 16 Jun 2017

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Lobi Galeri Balai Seni Negara

Sila klik di sini untuk PROGRAM

Mohon kerjasama wakil-wakil media untuk memberikan maklumbalas SLIP KEHADIRAN RSVP beserta gambar berukuran passport, nama, nombor kad pengenalan, nombor kakitangan dan nama agensi sebelum 13 JUN 2017, SELASA bagi penyelarasan kemasukan dan PAS MEDIA untuk Majlis Perasmian ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Hafiz Osman
Tel : 012-69207502
E-mel : hafiz.artgallery@gmail.com; pr.artgallery@1govuc.my
Laman Web : www.artgallery.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.