Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 08/06/2017

JEMPUTAN KE MAJLIS PERAGAAN FESYEN BUSANA SYAWAL WARNA-WARNI AIDILFITRI 2017

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Majlis Peragaan Fesyen Busana Syawal sempena Warna-Warni Aidilfitri 2017 pada ketetapan seperti berikut :

Hari / Tarikh : Sabtu 10 Jun 2017

Masa : 2.30 petang

Tempat : Khemah A, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Tetamu Kehormat : Yang Teramat Mulia Raja Datuk Sri Azureen binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah


Program

2.30 petang : Ketibaan Rakan Media

Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Dif-dif Kehormat

3.00 petang : Ketibaan Yang Teramat Mulia Raja Datuk Sri Azureen binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Peragaan Fesyen

~ Sesi 1

~ Sesi 2

Persembahan Muzik oleh Sentuhan Irama

Peragaan Fesyen

~ Sesi 3

Grand Finale

Lawatan

5.00 petang : Majlis Bersurai

Majlis Peragaan Fesyen Busana Syawal akan berlangsung melalui 3 segmen yang mengenengahkan koleksi batik, songket dan tenun untuk pemakaian semasa menziarahi keluarga tercinta, sanak saudara, rakan taulan dan Majlis Rumah Terbuka. Busana yang berkonsepkan kasual, klasik dan santai diterjemahkan melalui reka bentuk yang unik dengan menampilkan rekaan tradisional hingga ke moden kontemporari.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 2161 3793
Website : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.