Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 09/06/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA IFTAR@KL DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

Sukacita dimaklumkan, bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan IFTAR@KL 2017 sepanjang Ramadan pada 3, 4, 10, 11, 17 dan 18 Jun 2017 bertempat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur berhampiran Dataran Merdeka.

Antara pengisian IFTAR@KL 2017 adalah Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai, Agihan Bubur lambuk percuma, Solat Sunat Terawih, Tazkirah, Konsert Ramadan, Persembahan Nasyid, Malam Kesenian Islam, Klinik Tahsin Al-Quran, Tadarus Al-Quran, dan Moreh. Majlis IFTAR@KL 2017 ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.

Untuk makluman, IFTAR@KL 2017 pada 11 Jun 2017 (Ahad) akan dihadiri oleh:

-YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

-YBhg. Datuk Haji Ab Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

-YBhg. Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah, JKKN

-YBhg. Ketua Pengarah JAKIM

-YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur

Ketetapan adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu & Ahad 10 & 11 Jun 2017

Masa : 5.30 petang

Tempat : Jalan Raja Laut, berhampiran Dataran Merdeka

Sila klik di sini untuk Brosur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan khas untuk media yang hadir.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Nik Fadly
Tel : 013 382 2115

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.