|
|
|
|
Disember 25, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 13/06/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SIDANG MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAMERAN FOTOGRAFI ISLAMIK "AL-JAMAL: THE BEAUTY OF ISLAM IN MALAYSIA"
Adalah dimaklumkan bahawa satu Pameran Fotografi Islamik "Al-Jamal: The Beauty of Islam in Malaysia" telah diadakan bermula 5 Jun hingga 30 Jun 2017 bertempat di Galeri Seni, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Sehubungan itu, majlis perasmian sempena pameran ini akan diadakan seperti berikut:
Majlis Perasmian Pameran Fotografi Islamik "Al-Jamal: The Beauty of Islam in Malaysia"
Hari/Tarikh : Khamis 15 Jun 2017
Masa : 11.00 (Pendaftaran Media)
Tempat : Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Perasmi : YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sila klik disini untuk aturcara
Pameran ini bertujuan untuk mempamerkan keindahan agama Islam termasuk budaya-budaya Islam yang selama ini diamalkan di Malaysia. Lebih 60 karya fotografi dengan tema Al-Jamal yang membawa maksud keindahan dan kecantikan yang mengetengahkan nilai-nilai tawassuth (kesederhanaan), tawazun (keseimbangan), tasamuh (toleransi) dan tawaduk (rendah diri).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma
Corporate Communication Unit
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|