Disember 25, 2025 -Khamis

 
 
 

Rabu 14/06/2017

PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PKNS 2017

Majlis ini akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Puan Hajah Noraida binti Haji Mohd. Yusof. PKNS mengadakan program ini sempena menyokong dasar Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (BS OHSAS 18001:2007) untuk mencegah, mengelak, mengurangkan risiko kepada keselamatan, kesihatan dan kecederaan di samping memberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan di jalan raya kepada semua anggota PKNS seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 15 Jun 2017

Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

Tempat : Dewan Aster, Blok A, Tingkat 4, Laman PKNS

Sila klik di sini untuk Brosur

Antara agenda yang berlaku pada hari tersebut ialah pertunjukan Penunggangan Berkhemah, pembukaan Kaunter Bayaran Saman, serta ceramah keselamatan oleh pelbagai pihak berkenaan isu keselamatan jalan raya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.