|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 11/07/2017
MAJLIS PELANCARAN BENGKEL NASIONAL MALAYSIA MY SECOND HOME (MM2H) DAN MAJLIS PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN (MOTAC) DAN BANK OF CHINA (BOC)
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat MM2H dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Persatuan Ejen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HAA) akan menganjurkan Bengkel Nasional Program MM2H.
Tujuan Bengkel Nasional MM2H adalah untuk memberi peluang kepada agen-agen Program MM2H sebagai platform pertemuan untuk membincang mengenai perkara-perkara berkaitan Program MM2H dengan semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan Program MM2H samada agensi-agensi Kerajaan atau syarikat Swasta. Bengkel MM2H adalah acara tahunan MM2HAA dan pada perjumpaan kali ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Di samping itu juga pada Majlis Perasmian Bengkel Nasional akan disusuli dengan Majlis Pementeraian Memorandum Persefahaman (Kontrak Lanjutan) di antara Kementerian dan Bank of China (BOC). Ketetapan adalah seperti berikut:-
Hari/Tarikh : Khamis 13 Julai 2017
Masa : 10.45 Pagi
Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman,
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Jalan
Ampang, Kuala Lumpur
VIP : YB Dato' Sri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma
Corporate Communication Unit
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|