Disember 24, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 11/07/2017

JEMPUTAN KE PERASMIAN PENUTUP PROGRAM 'YOUNG INNOVATOR CHALLENGES, 2017'

Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Fakulti Sains dan Matematik dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Dream Catcher Sdn Bhd akan mengadakan 'Young Innovator Challenges, 2017' In conjunction with Perak Expo for Young Scientists 2017 seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Ahad 16 Julai 2017

Masa : 9.45 Pagi

Tempat : Dewan Konvensyen, Aras 5, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah


Program

9.00 pagi : Ketibaan para peserta

9.45 pagi : Ketibaan para jemputan

10.15 pagi : Ketibaan YB Dato' Dr. Muhammad Amin bin Zakaria dan para tetamu kehormat

10.30 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman

Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Ali bin Abdul Malek

Ucapan Alu-Aluan oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Muhammad Amin bin Zakaria,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Negeri Perak

Gimik Perasmian dan Penutup

Penyampaian hadiah dan cenderamata

12.00 tengahari : Lawatan tetamu kehormat dan para jemputan ke tapak pameran projek dan sidang media

12.30 tengahari : Makan tengahari dan Majlis Bersurai

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 Julai 2017 ( Jumaat) ini terhasil melalui inisiatif Chumbaka (Dream Catcher Sdn. Bhd.), sebuah syarikat berteraskan teknologi kejuruteraan dan mendapat sokongan di peringkat nasional oleh MdeC dan Sime Darby ekoran minat belia Malaysia untuk mengikuti bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi yang semakin berkurangan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Modal Insan Dan Sains 2015 oleh Akademi Sains Malaysia.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar UPSI untuk menimba pengalaman sebagai mentor dan menyumbang kepakaran dan pengalaman mereka kepada para pelajar sekolah dengan harapan proses mentor-mentee ini akan dapat membantu menaikkan minat pelajar sekolah dalam mempelajari Sains dan Teknologi serta mampu berfikir secara kritis.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Dr. Ghazali Din
Penyelaras Media, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 019-279 2143

Nama : Puan Maziah Zee Abdullah
Pegawai Penerbitan
Tel : 019-465 0979

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.