|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 25/07/2017
MAJLIS PENYERAHAN FAEDAH PERKESO (PENERIMA FAEDAH PERTAMA BAGI SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI - PEMANDU TEKSI)
PERKESO akan mengadakan satu Majlis Penyerahan Faedah bagi Penerima Faedah Pertama bagi Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri - Pemandu Teksi seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 26 Julai 2017
Masa : 9.45 pagi
Tempat: Ruang Legar, Pejabat Gabungan Persatuan Kereta Sewa dan Teksi Negeri Melaka,
Melaka Sentral, Melaka

Untuk makluman, majlis ini merupakan majlis penyerahan faedah yang pertama dibayar kepada pemandu teksi yang mengalami bencana kerja sejak Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri untuk Pemandu Teksi dan Perkhidmatan Seumpamanya dilancarkan pada 1 Jun 2017.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Michelle Yeo
Tel : 016-695 4388
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|