|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 27/07/2017
SLOT BEDAH BUKU "DARI KONTI KE MATA TINTA"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjemput wartawan dan jurugambar membuat liputan bagi slot bedah buku "Dari Konti ke Mata Tinta" yang diadakan sempena Pesta Buku MABOPA 2017 anjuran Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Sabtu 29 Julai 2017
Masa : 3.30 - 4.30 petang
Tempat : Pentas Utama Blok D, Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Persiaran MARDI UPM, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
Panel : DJ Hjh Nik Hasnah Ismail dan DJ Pn. Norhayati Paradi
Program:
Slot bedah buku "Dari Konti ke Mata Tinta" akan dihoskan oleh DJ IKIM iaitu DJ Nik Hasnah dan DJ Norhayati yang akan mengupas berkenaan Buku "Dari Konti ke Mata Tinta" yang diterbitkan oleh IKIM. Buku ini merupakan koleski intipati hikmah panduan hidup umat Islam yang dipetik dari tazkirah dari pendakwah tersohor Negara menerusi rancangan terpilih IKIMfm dan digarap melalui penulisan artikel seterusnya disiarkan di ruangan "Agama" akhbar Berita Harian.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Zawiah
Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|