|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 31/07/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN TEKNOLOGI INDUCED SYSTEMIC RESISTANT (ISR) TANAMAN BETIK
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan melancarkan teknologi INDUCED SYSTEMIC RESISTANT (ISR) untuk tanaman Betik. Teknologi ISR merupakan teknik aplikasi ampaian bakteria ISR pada akar pokok betik untuk mengaruh kerintangan terhadap penyakit mati rosot betik. Teknologi ini merupakan satu-satunya kaedah kawalan penyakit mati rosot betik yang berkesan yang telah diujicuba di hotspot dan ladang pengusaha yang mampu memberi nafas baru kepada industri betik negara. Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato' Nogeh Gumbek, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 1 Ogos 2017
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Ladang Exotic Star Dengkil, Kampung Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor. (https://goo.gl/maps/YFHQyZ5aPKN2)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Akmal bt Hassan
Tel : 019-455 3400
Nama : En Hazrul Amry
Tel : 012-484 0672
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|