Disember 24, 2025 -Rabu

 
 
 

Khamis 03/08/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN SDSI JELAJAH KRAF / CRAFT TRAIL

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Pelancaran SDSI Jelajah Kraf / Craft Trail pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 5 Ogos 2017

Masa : 4.30 petang

Tempat : Dataran Badang
Berhadapan Pusat Kegiatan Komuniti
Kampung Labu Kubung
Lubuk Merbau
Kuala Kangsar, Perak

Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Program SDSI Jelajah Kraf / Craft Trail merupakan salah satu Inisiatif Pasaran & Promosi untuk mempromosikan projek Kraf KampungKu (KKK). Pelaksanaan program ini adalah melalui pakej-pakej lawatan ke lokasi pembuatan dan jualan produk kraf, warisan orang hidup (Adiguru Kraf) serta lokasi menarik lain yang mempunyai unsur-unsur seni, budaya dan pelancongan setempat seperti tempat bersejarah, rekreasi, makanan tempatan serta homestay dan inap desa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran SDSI Jelajah Kraf / Craft Trail tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Azima
Tel : 013 - 727 6672

Nama : Cik Norehan
Tel : 012 - 657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.