|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 03/08/2017
SEMINAR FILANTROPI PENDEKATAN KORPORAT DALAM KONSEP WAKAF
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Bursa Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan menganjurkan Seminar Filantropi Pendekatan Korporat Dalam Konsep Wakaf pada 7-8 Ogos 2017 (Isnin-Selasa)/14-15 Zulkaedah 1438H bertempat di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2 Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur.
Hari/Tarikh : Isnin-Selasa 7-8 Ogos 2017
Masa : 8.00 pagi (Rujuk Program untuk maklumat penuh)
Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2 Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur
PROGRAM
7 OGOS 2017 (ISNIN)
08.00 - 09.00 pagi : Pendaftaran /
Sarapan Pagi
09.00 - 09.05 pagi : Majlis Perasmian
Bacaan Doa
09.05 - 09.15 pagi : Ucapan Aluan & Perasmian
YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman
Ahli Lembaga Pengarah, IKIM
09.30 - 10.00 pagi : Jamuan Ringan
SESI 1: KONSEP FILANTROPI & PENDEKATAN
MODERATOR:
Pn. Hajah Siti Fatimah Abdul Rahman
Felow Kanan,
Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM
KERTAS 1
10.00 - 10.40 pagi : Konsep Filantropi Dalam Sudut Pandang Islam
YBrs. Dr. Razali Othman
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
KERTAS 2
10.40 - 11.20 pagi : Wakaf Korporat :
Konsep & Perkembangan Di Malaysia dan Dunia Islam
En. Asharaf Mohd Ramli
Fakulti Ekonomi & Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
KERTAS 3
11.20 - 12.00 t/hari :Faktor Kritikal Kejayaan Wakaf Korporat
Pn. Suzana Md Samsudi
Felow
Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM
12.00 t/hari - : Sesi Soal Jawab
01.00 - 02.15 petang : Jamuan Tengah Hari & Solat Zohor
SESI 2: WAKAF, APLIKASI & PERANAN SEKTOR KORPORAT
MODERATOR:
En. Mohd Faizal bin Ab. Hamid
Pengarah,
Bahagian Penyelidikan & Kerjasama Antarabangsa
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
KERTAS 4
02.15 - 02.55 petang :Pembasmian Kemiskinan:
Wakaf & Program Keusahawaan Sosial
YBhg. Prof. Dr. Norma Md Saat
Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
KERTAS 5
02.55 - 03.35 petang :Pendidikan Berkualiti:
Wakaf & Peningkatan Capaian Pendidikan
YBhg. Prof. Dr. Ismail Omar
Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
KERTAS 6
03.35 - 04.15 petang : Kesihatan Bermutu:
Wakaf & Pembangunan Kesihatan Penduduk
YBhg. Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman
Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRSR)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
04.15 - 05.00 petang : Sesi Soal Jawab
05 .00 petang : Penangguhan & Minum Petang
8 OGOS 2017 (SELASA)
08.00 - 09.00 pagi : Sarapan Pagi
SESI 3: WAKAF: PENDEKATAN KORPORAT DAN HALA TUJU MASA HADAPAN
MODERATOR:
En. Mohamad Azhar bin Hashim
Pensyarah,
Fakulti Perniagaan dan Keusahawanan Bank Rakyat
Universiti Tun Razak (UNIRAZAK)
KERTAS 7
09.00 - 09.40 pagi :Sistem Tadbir Urus Wakaf Korporat Di Malaysia:
Satu Analisa
YBhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Pengerusi AWQAF
Merangkap Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
KERTAS 8
9.40 - 10.20 pagi :Kejayaan Konsep Filantrofi Barat:
Satu Panduan Kepada Pengurusan Wakaf
YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Nahar Mohd Arshad
Kulliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
KERTAS 9
10.20 - 11.00 pagi :Cabaran Mendepani Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia
YBhg. Dato' Prof. Dr. Sheikh Haji Sudin Haron
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Waqaf Malaysia
11.00 pagi : Sesi Soal Jawab
12.00 t/hari : Jamuan Tengah Hari & Bersurai
Pengenalan
Masalah-masalah yang berkaitan dengan ketidakadilan sosial, agihan kekayaan yang tidak saksama, isu kemiskinan, isu-isu etika serta salah laku korporat serta isu alam sekitar merupakan beberapa perkara utama yang masih membelenggu kebanyakan negara Islam. Dalam hal ini penggunaan konsep wakaf korporat yang merupakan salah satu daripada unsur filantropi atau derma-bakti Islam dilihat sebagai satu wasilah yang mampu untuk menghasilkan satu sistem ekonomi yang bebas daripada isu-isu penindasan, ketidakadilan serta masalah-masalah moral sepertimana yang melanda masyarakat sivil, awam dan korporat dewasa ini. Malah penggunaan konsep wakaf korporat juga dilihat mampu untuk membantu merealisasikan satu ekonomi yang berasaskan maslahah di mana ahli masyarakat menikmati satu kualiti kehidupan yang penuh dengan kesejahteraan dan keberkatan di dalam kelima-lima fokus utama maqasid al-Syariah iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Objektif
1. Melihat potensi dan pendekatan korporat dalam konsep wakaf bagi proses pembangunan ekonomi yang bermatlamatkan maslahah ummah.
2. Membandingkan kejayaan pelaksanaan wakaf korporat di luar negara serta filantropi Barat yang sesuai untuk dijadikan panduan bagi menyemarakkan lagi pelaksanaan konsep wakaf korporat di Malaysia.
3. Menyebarluas kefahaman tentang konsep wakaf korporat dalam kalangan sektor perniagaan dan masyarakat.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|