|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/08/2017
LIPUTAN SEMPENA PAMERAN MERDEKA: UNITY & DIVERSITY
Balai Seni Negara akan mengadakan Pameran Merdeka: Unity & Diversity bermula dari 5 hingga 31 Ogos 2017 bertempat di Creative Space 3, Balai Seni Negara. Pameran ini akan memaparkan sebanyak 60 buah karya yang dihasilkan oleh 22 orang pelukis bersempena dengan sambutan 60 tahun kemerdekaan Negara. Matlamat penganjuran pameran ini adalah untuk memaparkan kepelbagaian budaya dan kesenian di kalangan rakyat Malaysia disamping menyermarakkan semangat perpaduan dan kerjasama yang ditonjolkan melalui karya-karya yang dipamerkan.
Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Sbdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Ketetapan adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 8 Ogos 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Creative Space 3, Balai Seni Negara
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma Fauzi
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|