Disember 24, 2025 -Rabu

 
 
 

Isnin 07/08/2017

LIPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROJEK KRAF KAMPUNGKU DI LAWAS, SARAWAK

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu di Lawas, Sarawak pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 10 Ogos 2017

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Taman Awam Lawas
Jalan Bunga Raya
Lawas, Sarawak

Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia Datuk Rashidi bin Hasbullah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Projek Kraf KampungKu di Daerah Lawas merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangunkan komuniti setempat di bawah Program Satu Daerah Satu Industri. Melalui program ini, produk kraf seni pembuatan parang diberikan penjenamaan semula dan seterusnya dapat mempertingkatkan pengeluaran dan pemasaran terutamanya kepada usahawan terlibat agar terus berjaya, kukuh dan terus menghasilkan produk kraf yang lebih berkualiti.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my

Nama : Cik Norehan
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.