Disember 24, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 08/08/2017

Lawatan Rasmi YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)

YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri (Industri) MITI akan mengadakan satu Lawatan Rasmi ke Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 2007 yang merupakan peneraju telekung inovasi pertama seumpamanya di Malaysia. Siti Khadijah Apparel juga telah berjaya merangkul beberapa anugerah keusahawanan tempatan dan nama perusahaan ini sudah tidak asing lagi apabila perniagaan telekung mereka sudah melebarkan sayapnya ke lebih daripada 10 outlet bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.

Lawatan Rasmi YB Datuk Ahmad Maslan ke Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd ini adalah bertujuan untuk melihat proses dan sistem operasi syarikat ini selain daripada memberikan beberapa cadangan bantuan kerajaan yang boleh diberikan bagi memantapkan lagi perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini. Lawatan Rasmi ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 9 Ogos 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, 7-61-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan


Program

3.00 petang : Ketibaan YB Timbalan Menteri dan Tetamu

3.05 petang :

- Ucapan Aluan oleh Ir. Aminuddin bin Mohd Nasir, Pengerusi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd

- Sesi Penerangan daripada Siti Khadijah Apparel

- Sidang akhbar

4.00 petang :

- Lawatan ke Kilang Siti Khadijah Apparel

- Sesi fotografi

4.30 petang : Sesi Networking dan Jamuan Ringan

5.00 petang : Majlis tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama :En Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03 2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my

Nama : En Fairul Halif Norman
Tel: 03 2775 6222
Email : fairulhalif@smecorp.gov.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.