|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 15/08/2017
MUZAKARAH PAKAR "KERANGKA GARIS PANDUAN FIQH DAN BIOETIKA ISLAMI TERHADAP PELAKSANAAN ARAHAN PERUBATAN AWAL (AMD)"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad akan menganjurkan Muzakarah Pakar "Kerangka Garis Panduan Fiqh Dan Bioetika Islami Terhadap Pelaksanaan Arahan Perubatan Awal (AMD)" seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 16 Ogos 2017
Masa : (Rujuk Program)
Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2 Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Pengenalan
Arahan Perubatan Awal atau Advance Medical Directive (AMD) merupakan arahan bertulis berhubung amanat/arahan pesakit berkenaan bentuk penjagaan yang diingininya, atau pelantikan wakilnya, pada masa akan datang sekiranya seseorang hilang keupayaan kognitif untuk membuat sebarang keputusan. Arahan ini antaranya berhubung dengan pilihan autonomi pesakit untuk menerima bantuan hayat daripada diberikan kepadanya disebabkan perjalanan penyakit yang berterusan menjadi serius dan harapan untuk sembuh yang tipis.
AMD dipercayai bertindak sebagai jaminan bahawa hak seseorang individu untuk membuat keputusan secara autonomi tidak boleh dinafikan oleh sebarang ketidakupayaan pada masa hadapan. Penghormatan kepada pilihan pesakit menjadi isu etika dan moral yang serius apabila dikaitkan dengan hak pesakit untuk mati. AMD yang merupakan medium pesakit menggunakan hak ini turut hangat dibincangkan.
Objektif
1. Membentangkan analisis fiqh dan bioetika Islami terhadap tiga isu utama yang diberi perhatian dalam penyelidikan, iaitu:
(i) batasan autonomi pesakit dalam membuat arahan,
(ii) keupayaan mental pesakit dalam membuat keputusan, dan
(iii) susunan kelayakan wakil pesakit.
2. Membentangkan cadangan kerangka garis panduan fiqh dan bioetika Islami terhadap pelaksanaan Arahan Perubatan Awal (AMD).
3. Mendapatkan maklum balas daripada para peserta muzakarah pakar untuk menambahbaik kerangka garis panduan fiqh dan bioetika Islami terhadap pelaksanaan Arahan Perubatan Awal (AMD).
Program
8.00 pagi : Sarapan
8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.00 pagi : Pembukaan dan bacaan doa
9.15 pagi : Sesi Pembentangan
Moderator:
YBrs. Dr. Mohd Zaidi bin Ismail
Timbalan Ketua Pengarah, IKIM
Pembentangan 1: "Latar Belakang kepada Penyelidikan Kerangka Garis Panduan Fiqh dan Bioetika Islami Terhadap Pelaksanaan Arahan Perubatan Awal (AMD)"
Pembentang:
YBrs. Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Pengarah/Felow Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM
9.45 pagi : Pembentangan 2: "Panduan Fiqh dan Bioetika Islami Terhadap Aplikasi Autonomi Pesakit dalam AMD"
Pembentang:
YBrs. Dr. Aimi Nadia binti Yusof
Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10.15 pagi : Pembentangan 3: "Panduan Fiqh dan Bioetika Islami Terhadap Kemampuan Mental Pesakit dalam AMD"
Pembentang:
En. Mohammad Mustaqim Malek
Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM
10.45 pagi : Pembentangan 4: "Panduan Fiqh dan Bioetika Islami Terhadap Susunan
Kelayakan Wakil Pesakit dalam AMD"
Pembentang:
YBrs. Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah Abdul Rahman
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
11.15 pagi : Sesi perbincangan terbuka
12.45 tengahari : Makan tengah hari & solat Zuhur
2.30 petang : Perbincangan Berkumpulan
Kumpulan 1: AMD: Autonomi Pesakit dari Sudut Perubatan & Syarak
Pencatat: En. Mohammad Mustaqim bin Malek
Kumpulan 2: AMD: Keupayaan Mental Pesakit dari Sudut Perubatan & Syarak
Pencatat: Pn. Norkumala Awang
Kumpulan 3: AMD: Susunan Kelayakan Wakil Pesakit dari Sudut Perubatan & Syarak
Pencatat: Cik Feezyha binti Azmi
3.15 petang : Sesi Pembentangan Kumpulan
3.45 petang : Sesi Rumusan
Moderator:
YBrs. Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Pengarah/Felow Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM
Pengulas 1:
En. Muhammad Fahmi bin Rusli
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pengulas 2:
YBhg. Dato' Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher
Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri
5.00 petang : Minum petang dan bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|