|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 17/08/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROJEK KRAF KAMPUNGKU TENUN PAHANG DIRAJA
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu Tenun Pahang Diraja pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 20 Ogos 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja
Tengku Ampuan Besar Meriam
Kompleks Budaya Pulau Keladi
Pekan, Pahang
Tetamu Kehormat : Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj
Projek Kraf KampungKu Tenun Pahang Diraja merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangunkan komuniti setempat di bawah Program Satu Daerah Satu Industri. Melalui program ini, produk kraf Tenun Pahang Diraja diberikan penjenamaan semula dan seterusnya dapat mempertingkatkan pengeluaran dan pemasaran terutamanya kepada usahawan terlibat agar terus berjaya, kukuh dan terus menghasilkan produk kraf yang lebih berkualiti.
Program
2.30 petang : Ketibaan Dif-dif Jemputan
2.35 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
2.50 petang : Ketibaan Yang Berbahagia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
2.55 petang : Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Isteri
3.00 petang : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia
Tengku Puan Pahang
: Lagu Negaraku
: Lagu Allah Selamatkan Sultan Kami
: Bacaan Doa
: Persembahan Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berbahagia
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Dato' Yean Yoke Heng
: Titah Perasmian Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu Tenun
Pahang Diraja disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat
Mulia Tengku Puan Pahang
: Gimik Perasmian
: Pengurniaan Penghargaan Rakan Strategik Kraf KampungKu
disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku
Puan Pahang
: Peragaan Busana Inspirasi Diraja
: Lawatan ke Pameran dan Jualan
: Majlis Santapan / Jamuan Ringan
: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang
berangkat meninggalkan majlis
: Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Isteri
meninggalkan majlis
: Yang Berbahagia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
meninggalkan majlis
: Majlis Bersurai
Pakaian : Tenun / Batik Malaysia
Wanita : Kurung Labuh / Kebaya Labuh
Lelaki : Bersongkok Hitam (bagi dif-dif jemputan Melayu)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
Sumber : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my
Nama : Cik Azima
Tel : 013 - 727 6672
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 - 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|