ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 21/08/2017

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PASAREKA

Pasareka 2017, aktiviti memasarkan rekaan yang menghimpunkan kegiatan rekabentuk dan menjadi platform himpunan dan perkongsian idea dan kreativiti dari pereka kraftangan Malaysia, pereka luar, penggiat seni dan pemain industri reka bentuk kreatif dari seluruh Malaysia. Pasareka 2017 turut mempromosikan rekaan produk baru kraf, memperluaskan rantaian perniagaan serta memberi peluang kepada pereka untuk berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk kraf baru yang berinovasi. Aktiviti menarik yang akan diadakan adalah Pameran, Fun Craft & EDU Craft, Demonstrasi dan Bengkel, Sesi Perkongsian #Ceritasaya, Seminar & Bual Bicara dan aktiviti Jualan Kraf yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 24 Ogos 2017

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Tetamu Kehormat : Yang Berhomat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia

Pakaian : Kasual Kemas


Program

12.00 tengah hari : Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Dif-dif Kehormat

12.30 tengah hari : Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Ucapan Pelancaran oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Gimik Pelancaran

Tayangan Multimedia

Sesi Lawatan ke Pameran

Jamuan

2.30 petang : Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 2161 3793
Website : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.