ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Isnin 21/08/2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KOMUNITI KRAF BARU

Projek Komuniti Kraf Baru (KKB), merupakan program pengukuhan pembangunan komuniti baru untuk menghasilkan produk kraf. Pembangunan ini akan membuka peluang kepada penduduk-penduduk tempatan bergiat aktif menggunakan bahan-bahan tempatan ke arah peningkatan ekonomi penduduk setempat. Program ini juga bertujuan menghidupkan kembali produk kraf yang hampir pupus atau dilupakan tetapi berpotensi untuk dikomersilkan semula dalam konteks rekabentuk produk, pengeluaran dan pemasaran. Perusahaan kraf tempurung dan kraf dari kelapa yang terdapat di lokasi Bagan Datuk amat berpotensi untuk dibangunkan secara komersil dan bakal turut memberi limpahan kepada beberapa industri lain seperti pelancongan, makanan asas kelapa, pertanian dan beberapa produk kesihatan. Antara aktiviti menarik yang turut diadakan adalah seperti Pameran, Jualan, Bengkel Reka Bentuk Asas, Demonstrasi & Interaktif Kraf, Persembahan Kesenian dan Pertandingan Sukan RakyaT yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 25 Ogos 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Kompleks Pelancongan Bagan Datuk, Perak

Pakaian : Kasual Kemas


Program

2.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Dif-dif Kehormat

3.00 petang : Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida binti Mokhtar
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

Ucapan Pelancaran oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Gimik

Penyampaian Sijil Penyertaan

Makmal Reka bentuk Produk Kraf Baru Berasaskan Kelapa

Jamuan

Lawatan ke Pameran dan Jualan

5.00 petang : Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 2161 3793
Website : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA











 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.