ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 22/08/2017

JEMPUTAN LIPUTAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT FAMA TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat FAMA Tahun 2017 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 23 Ogos 2017

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Perkarangan Ibu Pejabat FAMA

PERASMI : YBhg. Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin,
Pengerusi FAMA

Sila klik di sini untuk Program

Sambutan Bulan Kemerdekaan FAMA Tahun 2017 diadakan sebagai salah satu usaha dan inisiatif pihak pengurusan FAMA bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan memperkukuh semangat kekitaan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di kalangan wargakerja FAMA dan arahan mengibarkan jalur gemilang ini turut dipanjangkan ke peringkat FAMA Negeri. Sambutan Bulan Kemerdekaan FAMA pada tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan pengisian program seperti mendeklamasikan sajak bertemakan 'Kemerdekaan'.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : En. Mohd Anzara Bin Azizan
Penolong Pengarah Komunikasi Korporat FAMA
Tel : 017-844 8420

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.