Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Khamis 24/08/2017

MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI NEGARA 2017 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Razali bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menghadiri Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 27 Ogos 2017

Masa : 10.15 pagi

Tempat : Mid Town Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Semua wartawan, jurugambar dan wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan. Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Razali Mohd Yassin
Tel : 019-3564950

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.