|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 28/08/2017
Liputan Media Sempena D'Ambang Merdeka 2017
Sempena sambutan bulan kemerdekaan Kelab Kecergasan Energetic Gemilang bersama Master Trainer Zafina Malaysia akan menganjurkan program di ambang merdeka seperti ketetapan berikut:
"ZAFINA : MEMPERKASAKAN SENAMAN BUDAYA MALAYSIA"
Hari/Tarikh : Rabu 30 Ogos 2017
Masa : 9.00 Malam sehingga Detik 12 Malam
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
Tema: Baju Kebangsaan
Sehubungan dengan itu tuan/puan rakan-rakan media dijemput untuk turut serta bersama-sama merasai kelainan dan keunikan sambutan ke majlis ini. Selain ia dapat memperkasakan nilai estetika seni budaya di kalangan masyarakat juga mampu mengeratkan hubungan siratulrahim sesama insan walaupun berbeza fahaman dan agama serta menunjukkan semangat 1Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Zalina
Tel : 012-673 5441 / 012-232 5441
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|