Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Rabu 30/08/2017

Cold Storage - The Kids Grow & Glow Run 2017

GCH Retail Malaysia menjemput wakil-wakil media dan anak-anak berumur 4 hingga 12 tahun untuk menyertai larian ria yang pertama di Malaysia seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 16 September 2017

Masa : 7:00 Pagi - 11:00 Pagi

Lokasi : Central Park Bandar Utama, Petaling Jaya

Acara 'The Kids Grow & Glow Run' diadakan pada julung kalinya, merupakan larian yang akan menampilkan pengalaman tahap pertumbuhan yang berbeza, pembelajaran evolusi kehidupan dari zaman kanak-kanak sehingga menjadi individu yang sihat - dan menekankan aspek kepentingan pemakanan dan gaya hidup sihat!

Berita Gembira!
*Khusus kepada ahli media, penyertaan larian ini dengan dua anak anda akan diberikan secara percuma dan kami berharap anda boleh berkongsi pengalaman riang anda melalui terbitan khas untuk mencetus inspirasi golongan ibu bapa lain akan kepentingan gaya hidup sihat untuk kanak-kanak.

Sila maklum bahawa tarikh akhir untuk penyertaan adalah 4 September 2017!

Kami menantikan kehadiran anda dalam permulaan pengembaraan yang sihat bersama pemimpin masa depan negara!

* Terhad kepada satu keluarga untuk setiap media

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : GCH RETAIL (MALAYSIA) SDN BHD

UNUTK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Hasvinraj Selvarajan
Tel : 03-7660 0400 ext. 512 / 018 204 4694

Nama : Sara Sabri
Tel : 03-7660 0400 ext. 530 / 014 338 5945

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.