|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 11/09/2017
Jemputan Membuat Liputan Ke Majlis Perasmian Bengkel "Protected Cultivation Of High Value Crops Under Changing Climate Condition"
Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama Food and Fertilizer Technology Center (FFTC) akan menganjurkan bengkel "Protected Cultivation of High Value Crops under Changing Climate Condition" yang akan diadakan dari 12-14 September 2017 di MARDI Serdang.
Objektif utama bengkel ialah untuk berkongsi maklumat terkini mengenai teknologi penanaman dibawah struktur lindungan serta menubuhkan jaringan kerjasama sebagai tempat saluran untuk perkongsian maklumat dan kerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan pertanian. Seramai 20 peserta dari beberapa negara Asia Tenggara dan Asia Selatan termasuk Malaysia akan hadir di bengkel tersebut.
Sehubungan itu, rakan-rakan media dijemput untuk membuat liputan ke majlis perasmian tersebut seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 12 September 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Mohamad, Blok A1, Bangunan Direktorat
Ibu Pejabat MARDI , Persiaran MARDI-UPM,
Serdang, Selangor
Perasmi : YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj Bakar , Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En Jazzmi Shah
Tel : 011-2374 4037
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|