|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 11/09/2017
JEMPUTAN: MAJLIS ANUGERAH AGROPRENEUR AGROBANK
Agrobank akan menganjurkan Anugerah Agropreneur Agrobank (AAA) 2017 bagi meraikan kejayaan lapan (8) usahawan tani. Anugerah ini akan disampaikan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 12 September 2017
Masa : 10:00 pagi - 1:00 petang
Tempat : Taming Sari Ballroom, The Royale Chulan Kuala Lumpur
Program
Sila klik di sini
Untuk makluman, objektif AAA dilaksanakan adalah bertujuaan untuk meraikan pelanggan berjaya Agrobank dalam 8 kategori. Berbeza dengan AAA 2016, Agrobank telah memperkenalkan satu kategori baharu pada tahun ini yang dinamakan Anugerah Agropreneur Orang Kurang Upaya untuk
mengiktiraf agropreneur daripada golongan minoriti ini yang kurang mendapat penghargaan. Jumlah 8 kategori yang dipertandingkan adalah:
1. Anugerah Agropreneur Muda
2. Anugerah Agropreneur Mikro
3. Anugerah Agropreneur Orang Kurang Upaya
4. Anugerah Agropreneur Wanita
5. Anugerah Agropreneur Inovasi
6. Anugerah Pelanggan Setia (Individu)
7. Anugerah Pelanggan Setia (Syarikat)
8. Anugerah Agropreneur Cemerlang
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Syarifah Syameen Syed Johari
Pegawai Perhubungan Awam
Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101 766
-BERNAMA |
|
|
|
|
|