|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 15/09/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE PROGRAM KERETAPI SARONG #SAYANGMALAYSIA 2017 PERINGKAT WP. KUALA LUMPUR & SELANGOR
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Majalah Gaya Travel akan mengadakan program Keretapi Sarong 2017 yang terdiri daripada penggiat industri pelancongan, media, blogger, para pelajar sekolah dan juga pelancong dalam dan luar negara akan memakai kain sarong untuk menaiki MRT/LRT.
Objektif program Keretapi Sarong 2017 ini adalah untuk menanam semangat #SayangMalaysia dan memupuk penghargaan terhadap sistem pengangkutan awam Malaysia menerusi acara flashmob yang menggunakan fabrik Malaysia sebagai faktor penyatuan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 16 September 2017
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Muzium Negara, Kuala Lumpur
Kod Pakaian: Tradisional Malaysia / Kain Sarong
Program
11.00 pagi : Media, Bloggers, dan Peserta (Memakai Pakaian Tradisional Malaysia) akan berkumpul di stesen Pasar Seni (MRT) sebelum ke Muzium Negara (MRT)
- Persembahan Cempuling oleh Homestay Banghuris
12.15 tengahari : Ketibaan Tetamu-tetamu Jemputan
12.30 tengahari : Ketibaan Tetamu Kehormat
YBhg. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
-Bacaan Doa
-Ucapan Perasmian Program Keretapi Sarong #SayangMalaysia dan Penutupan Program Bermalam di Muzium oleh
YBhg. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
- Sesi Penyampaian Sijil dan Hadiah
- Lawatan Pameran
2.00 petang : Jamuan Ringan / Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Corporate Communication Unit
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|