Disember 23, 2025 -Selasa

 
 
 

Rabu 20/09/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN BAGI KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Program Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Hak Kepenggunaan Peringkat Negeri Selangor seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 23 September 2017

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Sepang, Selangor


Program

8.00 pagi : Pendaftaran Peserta

9.00 pagi : Bacaan doa

9.10 pagi : Ucapan Aluan oleh YBrs. En Alan bin Abdul Rahim
Setiausaha Bahagian Pelesenan Pelancongan

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK)

9.20 pagi : Ucapan Perasmian oleh YB Tuan Mohamed Hanipa Maidin,
P113, Ahli Parlimen Sepang


Sidang Akhbar

9.30 pagi :

Ceramah I:
ISU-ISU DALAM PENGENDALIAN UMRAH DAN CARA-CARA MENGENALI AGENSI PELANCONGAN BERLESEN
Bahagian Pelesenan Pelancongan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

10.30 pagi : Minum pagi

11.00 pagi :

Ceramah II:
ISU PENIPUAN PAKEJ UMRAH
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia
IPD Shah Alam, Selangor

11.45 pagi :

Ceramah III:
CERAMAH KHAS : YBrs Ustaz Harryanto Rizal Rokman

1.00 petang : Makan Tengahari / Bersurai

**Tentatif program adalah tertakluk pada sebarang perubahan semasa

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kempen tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Norhafizah Zainal Abidin
Tel : 017-566 2542

-BERNAMA







 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.