|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 25/09/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MAKMAL TEKNIKAL KEMASAN PEMBAKARAN RAKU
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Kraf Sarawak akan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Makmal Teknikal Kemasan Pembakaran Raku seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 27 September 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak,
Lot 3057, Blok 18, Jalan Stadium, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tetamu Kehormat :Yang Berhormat Datuk John Sikie ak Tayai, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri
(Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Pengerusi Majlis Kraf Sarawak
Untuk makluman pihak media, Makmal Teknikal Kemasan Pembakaran Raku ini telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak bermula dari 25 hingga 28 September 2017 dengan penglibatan seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada usahawan kraf hasil tanah dan Sekolah Seni dari daerah Kuching, Sibu dan Lawas.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kraftangan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Fatimah
Tel : 019 - 879 7456
Nama : Puan Gracy
Tel : 019 - 886 7769
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|