|
|
|
|
Disember 23, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 25/09/2017
Jemputan Membuat Liputan Ke Majlis Perasmian Persidangan Padi Kebangsaan
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama IADA Barat Laut Selangor, Jabatan Pertanian Malaysia dan KADA akan menganjurkan Persidangan Padi Kebangsaan 2017 bermula pada 26-27 September 2017 yang bertemakan "Meneroka Potensi Eksport".
Objektif persidangan ini secara umumnya adalah untuk memberi maklumat terkini kepada golongan sasar tentang status industri padi dan beras negara. Secara khususnya pula, persidangan ini bertujuan untuk membincangkan strategi bagi menambahbaik polisi dan dasar serta untuk memperkukuhkan industri padi dan beras kearah merealisasikan cadangan mengeksport beras tempatan. Bersempena dengan majlis itu juga, MARDI bercadang untuk melancarkan Prosedur Operasi Standard Pengurangan Kehilangan Lepas Tuai Padi.
Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 26 September 2017
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Hotel Grand Dorsett, Subang, Selangor
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR AKMAL BINTI HASSAN
Program Perhubungan Awam
Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
Tel : 03-8953 7209 / 019-455 3400
Faks : 03-8943 9530
Emel: nurakmal@mardi.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|